WARISAN NASI KUKUS | KEDAI MAKAN SEDAP | TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai yang sangat popular di Kota Bharu. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Warisan Nasi Kukus. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Kota Bharu. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Kota Bharu Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati Nasi Kukus disini.

Lokasi Warisan Nasi Kukus
https://goo.gl/maps/ucUesRNj7TjwGiGt5

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Untuk peminat nasi kukus, kalau anda ke Kota Bharu ataupun bercuti di kawasan Kota Bharu, cuba lah ke Jalan Kebun Sultan dan cuba ke Warisan Nasi Kukus untuk merasai nasi kukus asal dari negeri Kelantan. Warisan Nasi kukus sudah mula berniaga di negeri Cik Siti Wan Kembang ni sejak tahun 1972.

Waktu Operasi Warisan Nasi Kukus
Jumaat 2:30pm–10pm
Sabtu 2:30pm–10pm
Ahad 12:30pm–10pm
Isnin 12:30pm–10pm
Selasa 12:30pm–10pm
Rabu Tutup
Khamis 12:30pm–10pm

Nasi Kukus di Kelantan khususnya telah dipelopori oleh Ahmad Zukhi dan Kak Ani iaitu pemilik Warisan Nasi Kukus pada tahun 1972. Pada masa itu terkenal dengan nama Nasi Kukus Zakini tetapi telah di jenamakan semula kepada Warisan Nasi Kukus oleh anak mereka bernama Nasir. Pada tahun 2002. Kedai pertama Nasir terletak di hadapan Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Resipi Nasi Kukus Zakini ini telah diturunkan kepada Nasir yang membolehkannya meneruskan legasi ibu bapanya sebagai Warisan Nasi Kukus. Cita-cita beliau ialah untuk mengembangkan jenama Warisan Nasi Kukus untuk membolehkan orang ramai merasai rasa pertama dan sebenar Nasi Kukus.

Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *