VLOG BERBUKA PUASA DI TEPI SUNGAI DATARAN SUNGAI KELANTAN | LEMBAH SIREH KOTA BHARU

Assalamualaikum.. Hari ini abang K dan keluarga datang ke tepi Sungai Kelantan untuk merasai suasana berbuka puasa dikawasan rekreasi ditebing Sungai Kelantan di Kota Bharu menjadi tumpuan penduduk bandar berkenaan berbuka puasa sejak awal bulan Ramadhan lalu. Lokasi terbabit mempunyai persekitaran padang yang luas serta pemandangan sungai yang indah menghadap Sungai Kelantan.

Kami datang ke lokasi popular yang kedudukannya yang lebih spesifik dibelakang sebuah pasaraya di Lembah Sireh. Kami datang seawal jam 5 petang kerana kalau lambat tempat akan penuh. Ada yang membawa makanan yang dibeli daripada Bazar Ramadhan Tesco tidak kurang juga ada yang membawa nasi dan lauk pauk yang dimasak dari rumah untuk berbuka puasa dikawasan lapang ini.

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tonton video penuh rakaman dron
https://youtu.be/2P0TN_CJhto

Kami mengambil peluang untuk berbuka puasa secara terbuka dengan duduk bersila bersama keluarga di Dataran Sungai Kelantan selepas diberi kebenaran sejak awal Ramadhan lalu. Terdapat ratusan orang memenuhi dataran berkenaan yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk disitu malah orang ramai dari jajahan yang lain seperti Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Pasir Puteh turut sama mengambil peluang itu.

Orang ramai dilihat menjaga prosedur standard atau SOP yang memakai pelitup muka serta berada dalam jarak tertentu untuk berbuka. Aktiviti ini bukan sahaja berpeluang berbuka puasa dengan suasana menarik berlatar belakang kan tebing Sungai Kelantan malah dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim bersama keluarga dan kawan-kawan.

Suasana meriah berbuka puas di tepi Sungai, Dataran Sungai Kelantan, Lembah Sireh Kota Bharu Kelantan. Suasana meriah di tepi Sungai Kelantan di rakam menggunakan Dron Dji Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *