TOUR OF UiTM CAWANGAN KELANTAN KAMPUS MACHANG MALAYSIA 4K FOOTAGE CINEMATIC VIDEO SHOT ON DJI MINI 2

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan merupakan salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA. UiTM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai cawangan di setiap negeri di negara ini. Kampus-kampus ini menyediakan peluang pendidikan yang sangat baik kepada bumiputera di seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lokasi UiTM Cawangan Kelantan ini adalah terletak di dalam daerah Machang iaitu 8km dari bandar Machang, 20km dari bandar Pasir Puteh dan 50km dari bandar Kota Bharu. Lokasi UiTM Cawangan Kelantan adalah dikelilingi bukit dan panorama disini adalah sangat menarik sekiranya dilihat dari udara.

Antara program-program diploma yang terdapat di UiTM Cawangan Kelantan adalah
– Diploma Perakaunan,
– Diploma Sains Komputer,
– Diploma Pengurusan Maklumat,
– Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Grafik & Media Digital),
– Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Tekstil),
– Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Logam Halus),
– Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Halus),
– Diploma Pentadbiran Awam,
– Diploma Pengajian Perniagaan
– Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
– Diploma Pengajian Perbankan
– Diploma Statistik
– Diploma Sains Matematik

Antara program-program ijazah sarjana muda yang terdapat di UiTM Cawangan Kelantan adalah

– Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
– Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat
– Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran)
– Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan)
– Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Perbankan Islam)
– Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Ekonomi)
– Sarjana Muda Seni Lukis & Reka (Seni Reka Tekstil) (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik)
– Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik)
– Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Sistem Maklumat)

Lokasi UiTM Cawangan Kelantan https://goo.gl/maps/yacmNJGtgqknN55t5

Lawati juga Blog Addashuk

https://www.addashuk.com

uitm dihatiku uitm kelantan uitm kelantan machang universiti teknologi mara, uitm kampus machang uitm cawangan kelantan uitm machang uitm machang kelantan 4k drone footage 4k drone video dji mini 2 tour of uitm cawangan kelantan kampus machang malaysia 4k footage cinematic video shot on dji mini 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *