TERMINAL BAS SEMENTARA LEMBAH SIREH KOTA BHARU KELANTAN 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE DJI MINI 2

Terminal bas di Lembah Sireh, iaitu terletak di Lembah Sireh Kota Bharu kelantan adalah terminal bas sementara. Ini kerana terminal bas yang kekal bakal dibina di Tunjong. Pada 1 Oktober 2009, terminal bas yang sebelum ini berada di Jalan Hamzah telah berpindah ke terminal bas sementara di Lembah Sireh iaitu diatas tanah persendirian. Terminal bas sementara Lembah Sireh kini telah berusia hampir 13 tahun ini kelihatan telah uzur dan mendapat rungutan daripada pengguna terminal ini.

Lokasi Terminal Bas Sementara Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan
https://goo.gl/maps/uZrnTjReFrwYR7NW9

Lawati juga blog Addashuk
http://www.addashuk.com

Setelah isu terminal bas sementera ini mendapat perhatian Timbalan Menteri Besar Kelantan telah menjelaskan bahawa pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) telah tergendala kerana tiada kontraktor yang sanggup membinanya. Walaubagaimanapun YB. Dato’ Mohd Amar Abdullah selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, kini kerajaan Kelantan sudah mencapai kata sepakat dengan sebuah syarikat yang akan membangunkan pembinaan KB Sentral dan akan diadakan Majlis Pecah Tanah yang akan berlangsung pada Jun 2022.

YB. Dato’ Mohd Amar juga berkata, tiada syarikat kontraktor yang ingin membina terminal kekal iaitu KB Sentral kerana lokasi yang ditetapkan itu pada masa sekarang adalah tempat yang jauh daripada kawasan bandar iaitu berada di Tunjong dilihat tidak mempunyai kelebihan kepada syarikat-syarikat yang ingin melabur. katanya lagi, lokasi terminal kekal itu sebenarnya adalah lokasi yang paling strategik iaitu berdekatan dengan terminal ECRL. Ini membolehkan pengguna dapat mengakses kedua-dua kemudahan tersebut. Pada masa sekarang terminal ECRL sedang rancak dalam pembangunan dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan syarikat-syarikat yang ingin melabur kerana adanya terminal ECRL ini.

Diharapkan pengguna-pengguna terminal ini akan lebih berpuas hati dan lebih apabila Terminal Pengangkutan Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) siap sepenuhnya dimasa akan datang.

Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *