TAMAN NEGERI SETIU WETLANDS | BOARDWALK SETIU | TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU, TEMPAT CANTIK DI SETIU

Setiu Wetlands adalah tanah bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, kawasan ini adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu pesisir pantai, laut, kawasan berlumpur, lagun, sungai, pulau, muara sungai, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Kawasan persekitarannya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung dan menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau. Destinasi eko pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Jika anda teringin menghilangkan penat dan ingin lari dari kesibukan di bandar metropolitan, Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) adalah merupakan satu destinasi yang wajib anda kunjungi. Suasana persekitaran di Setiu Wetlands memastikan anda dapat menikmati suasana yang tenang dan selesa. Setiu Wetland ini juga dipanggil Boardwalk Setiu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu. Setiu Wetland juga adalah salah satu tempat cantik di Setiu Terengganu.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik di Setiu Wetlands

i. Aktiviti menyusuri sungai Setiu
ii. Aktiviti berkayak
iii. Aktiviti mencari kepah
iv. Aktiviti mencari Lokan
v. Aktiviti menyusuri hutan paya bakau melalui Setiu Broadwalk
vi. Pengalaman gaya hidup tradisional di Rumah Tok
vii. Aktiviti perkhemahan
viii. Aktiviti melihat pendaratan penyu hijau

Yuran Masuk Setiu Wetlands

  1. Dewasa 13 tahun hingga 60 tahun RM5
  2. Kanak-kanak dan warga 60 tahun ke atas RM2
  3. Kanak-kanak bawah 6 tahun PERCUMA

Lokasi Setiu Wetlands
https://goo.gl/maps/23hmJHfyf1SPZjkN8

Lawati juga blog addashuk
https://www.addashuk.com

Waktu Operasi Setiu Wetland
Ahad hingga Sabtu 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang
Rehat Solat Jumaat 12.30 tengahari hingga 2.30 petang

Para pengunjung Setiu Wetland boleh mencuba kehidupan dan amalan tradisional penduduk setempat di Setiu. Pengunjung akan diperkenalkan dengan keunikan budaya penduduk di sekitar kawasan ini yang kebanyakannya terdiri daripada golongan nelayan serta petani dan mencuba mencari sendiri sumber pendapatan mereka banyak bergantung kepada alam semula jadi di sekitar Tanah Bencah Setiu ini.

Selain aktiviti itu juga, pelbagai program-program diadakan oleh pelbagai agensi di kawasan tersebut dan bagi tahun 2022, pelbagai perancangan telah dirancang melibatkan Setiu Wetlands seperti perkhemahan badan beruniform, sukan berbasikal, sukan lasak dan ekstrim dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi, rancang cuti anda dan marilah berkunjung ke Setiu Wetlands. Jangan lupa Subscribe Channel Addashuk dan jangan lupa aktifkan loceng notifikasi untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *