TAKBIR RAYA 2022 LIMA BUAH MASJID UNIK DI KELANTAN | 4K AERIAL VIEW CINEMATIC SHOT ON DJI MINI 2

Takbir Raya 2022 dari lima buah masjid unik di Kelantan di rakam menggunakan dron Dji Mini 2 dengan resolusi 4k Aerial View Cinematic.

Lima masjid-masjid yang dimaksudkan itu ialah Masjid Ismaili Pasir Pekan, Masjid Ar-Rahman Kubang Batang, Tumpat Kelantan, Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan, Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian Kelantan dan Masjid Ayesha Kok Lanas Kelantan.

Masjid-masjid ini dipilih ialah kerana mempunyai ciri-ciri binaan yang tersendiri. Masjid pilihan kami yang terbaik diantara yang terbaik ialah Masjid Ar Rahman Kubang Batang, Tumpat Kelantan, kerana masjid ini adalah bercirikan rekabentuk moden dan sangat menarik. Mempunyai Kubah yang berwarna biru dan dihiasi jubin-jubin yang berkilauan.

Masjid kedua pilihan kami ialah masjid cantik di Pasir Pekan iaitu Masjid Ismaili. Binaan masjid ini dillhamkan oleh Sultan Muhammad V untuk memperingati ayahanda iaitu Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Masjid-masjid ini adalah masjid cantik di kelantan juga boleh dikatakan antara masjid cantik di Malaysia.

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan disini, diharapkan anda semua terhibur. Jangan lupa Subscribe Addashuk Films tanda sokongan. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *