SUASANA MERIAH BERBUKA PUASA DI TEPI SUNGAI DATARAN SUNGAI KELANTAN | LEMBAH SIREH KOTA BHARU

Kawasan rekreasi ditebing Sungai Kelantan di Kota Bharu menjadi tumpuan penduduk bandar berkenaan berbuka puasa sejak awal bulan Ramadhan lalu. Lokasi terbabit mempunyai persekitaran padang yang luas serta pemandangan sungai yang indah menghadap Sungai Kelantan.

Lokasi popular ini kedudukannya yang lebih spesifik dibelakang sebuah pasaraya di Lembah Sireh dikunjungi seawal jam 5 petang termasuk penduduk di luar Kota Bharu. Ada yang membawa makanan yang dibeli daripada Bazar Ramadhan Tesco tidak kurang juga ada yang membawa nasi dan lauk pauk yang dimasak dari rumah untuk berbuka puasa dikawasan lapang ini.

Orang ramai mengambil peluang untuk berbuka puasa secara terbuka dengan duduk bersila bersama keluarga di Dataran Sungai Kelantan selepas diberi kebenaran sejak awal Ramadhan lalu. Terdapat ratusan orang memenuhi dataran berkenaan yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk disitu malah orang ramai dari jajahan yang lain seperti Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Pasir Puteh turut sama mengambil peluang itu.

Orang ramai dilihat menjaga prosedur standard atau SOP yang memakai pelitup muka serta berada dalam jarak tertentu untuk berbuka. Aktiviti ini bukan sahaja berpeluang berbuka puasa dengan suasana menarik berlatar belakang kan tebing Sungai Kelantan malah dapat mengeratkan perhubungan silaturrahim bersama keluarga dan kawan-kawan.

Suasana meriah berbuka puas di tepi Sungai, Dataran Sungai Kelantan, Lembah Sireh Kota Bharu Kelantan. Suasana meriah di tepi Sungai Kelantan di rakam menggunakan Dron Dji Mini 2.

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *