RUMAH BERHANTU BENDANG MORAK | HAUNTED HOUSE AT BENDANG MORAK | TUMPAT KELANTAN

Terdapat sebuah banglo usang terletak ditepi sawah di tepi jalan ke Chabang tiga Kepulau iaitu di Kampung Bendang Morak, Tumpat Kelantan. Dikatakan rumah banglo ini berhantu kerana telah lama ditinggalkan pemiliknya. Mengikut cerita orang dulu-dulu, sekiranya rumah telah lama ditinggalkan tanpa penghuni, akan ada makhluk akan menumpang.

Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik. https://www.addashuk.com

Pelbagai versi yang pernah diceritakan oleh penduduk akan tetapi rumah berhantu seram ini tidak dapat dipastikan adakah betul-betul berhantu atau sekadar cerita rekaan semata-mata. Sekiranya anda mempunyai cerita mengenai rumah ini, sila kongsikan diruangan komen.

Mengikut cerita, tuan rumah ini telah berpindah ke bandar iaitu di negeri Melaka. Mengikut cerita penduduk setempat, sering berlaku kemalangan jalan raya di jalan berdekatan dengan rumah ini. Dikatakan pengguna jalan raya ternampak sesuatu yang berada di sekitar kawasan tersebut dan telah mengakibatkan kemalangan. Sejauh mana kesahihan cerita ini hanya tuhan sahaja yang tahu.

Rumah misteri ini dikatakan antara rumah berhantu di Kelantan. Rumah seram ini asalnya ditinggalkan pemilik akan tetapi apabila telah lama, akan ada makhluk yang menumpang mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Kalau kita fikir logik la, kalau tidak ada apa-apa yang pelik di rumah ini, kenapa ia ditinggalkan pemiliknya? boleh juga dijadikan rumah sewa sekiranya pemilik sudah mempunyai rumah lain.

Banglo berhantu di Kelantan, Rumah berhantu di Malaysia dan ini adalah salah satu daripadanya. Dalam bahasa Inggeris juga di sebut “Haunted House” beerti rumah berhantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *