PESTA WAU PANTAI GETING | KELATE BUMI BERTUAH ANOK KLATE BUDAYA KELATE TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA

Pesta Wau Pantai Geting di Tumpat Kelantan sememangnya popular di dalam masyarakat Kelantan. Tiap-tiap tahun pesta wau ini tidak pernah dilupakan. Kerajaan Kelantan bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) juga dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat telah menganjurkan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan 2022 pada 11-13 Ogos 2022. Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia juga turut bekerja sama dalam menjayakan pesta ini. Abang K, Kak K sekeluarga tidak lepas peluang ini dan kami berkunjung ke Pesta Wau Kebangsaan Kelantan yang diadakan di Pantai Geting, Tumpat Kelantan.

Dengan program ini, pihan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan juga turut mengambil bahagian dalam membuat pameran dan demontrasi membuat wau kepada pengunjung. Video kali ini kami memasukkan lagu-lagu popular rakyat kelantan seperti Kelate Bumi Bertuan, Anok Kelate, Budaya Kelate, Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Demo Ore Comel sebagai muzik latar.

Diharapkan semua penonton terhibur dan mendapat maklumat dari apa yang kami sediakan dan jangan lupa Like, Comment serta Share video ini. Jangan lupa juga untuk Subscribe Addashuk Channel dan tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.

Jangan lupa layari blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *