PASAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU KELANTAN, TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB PERGI DI KOTA BHARU

Pasar Siti Khadijah ialah sebuah pasar besar yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, Kelantan. Pasar ini adalah salah satu tarikan pelancong yang sangat popular di Kelantan. Di Pasar Siti Khadijah terdapat pelbagai barangan keluaran tempatan iaitu pakaian, kain pasang, barangan dapur, kain batik serta makanan dan bermacam-macam lagi. Bangunan Pasar Siti Khadijah ini sangat unik iaitu berbentuk lapan (8) segi yang mempunyai tiga (3) tingkat dan menempatkan berpuluh-puluh kedai di dalam nya. Lokasi Pasar Besar Siti Khadijah ini adalah bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu Kota Bharu Kelantan.

Lokasi Pasar Siti Khadijah
https://goo.gl/maps/ioSGssuVqe11EyuG6

Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih informasi menarik
https://www.addashuk.com

Pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan adalah salah satu tempat menarik di kelantan yang menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang mengunjungi Kota Bharu khususnya dan Kelantan umumnya. Pasar Siti Khadijah juga antara tempat wajib pergi di Kota Bharu.

Di tingkat bawah Pasar Siti Khadijah terdapat kedai-kedai menjual barangan basah iaitu ikan, sotong, udang, sayuran dan bermacam-macam lagi. Di tingkat satu pula terdapat kedai-kedai menjual makanan kering seperti serunding daging, dodol dan bermacam-macam makanan tradisi rakyat Kelantan. Jika disebut makanan Kelantan semestinya makanan tersebut rasanya manis-manis. Kuih muih Kelantan sinonim dengan rasa manis. Di tingkat satu juga terdapat banyak kedai makan yang menyediakan makanan yang sangat lazat. Terdapat kedai menjual makanan seperti Ikan dan Ayam Percik, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Berlauk, Laksa dan Laksam dan banyak lagi.

Di tingkat dua pula terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pakaian seharian iaitu seperti T-Shirt, Kain Pasang, Kain Pelikat, Kain Batik, Telekong, Baju Wanita, pelbagai jenis tudung dan banyak lagi. Terdapat juga barangan kraftangan dan barangan perkakasan dapur. Diantara tempat menarik di Kota Bharu, Pasar Siti Khadijah adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Kelantan. Waktu operasi Pasar Siti Khadijah ialah bermula seawal 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Jangan lupa subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan loceng untuk mengaktifkan notifikasi video seterusnya. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *