PART 2 LAMAN WARISAN KAMPUNG LAUT | LAMAN WARISAN SERUNDING | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Laman Warisan Serunding adalah sebahagian dari Laman Warisan Kampung Laut yang bertapak di Kampung Laut. Di sini lah dimana tempat untuk penjualan dan pengumpulan produk anak tempatan menjual hasil keluaran mereka. Disini terdapat 11 buah kedai yang menjual pelbagai produk serunding antaranya ialah Serunding Daging Tempatan, Serunding Daging Import, Serunding Ayam dan Serunding Ikan. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECERDC) telah menyerahkan pengurusan Laman Warisan Kampung Laut ini kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Laman Warisan Serunding ini adalah salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.

Lokasi Laman Warisan Serunding
https://goo.gl/maps/7jq5BA9H9o7yGNneA

Lawati juga blog Addashuk Channel untuk lebih artikel-artikel yang menarik
https://www.addashuk.com

Laman Warisan Kampung Laut dibina dengan kos sebanyak RM20 juta iaitu dibangunkan di Perkampungan Serunding di Tumpat Kelantan. Laman Warisan Kampung Laut ini terdiri daripada 3 komponen iaitu Masjid Kampung Laut itu sendiri, Laman Warisan Seni Kampung Laut dan Laman Warisan Serunding Kampung Laut. Video ini adalah Bahagian 1 untuk Laman Warisan Seni dan Masjid Kampung Laut. Bahagian 2 akan di muat naik kelak iaitu video untuk Laman Warisan Serunding. Laman Warisan Seni terdapat 12 lot kedai yang menjual bermacam produk kraftangan termasuk kain batik serta pakaian dan Laman Warisan Serunding terdapat 11 lot kedai yang menjual produk tempatan iaitu serunding ikan, serunding ayam, serunding daging import serta serunding daging tempatan, dodol dan bermacam-macam lagi makanan tradisi rakyat Kelantan.

Setakat ini sahaja info untuk kali ini, diharapkan para penonton yang melihat video ini boleh la berkunjung ke Laman Warisan Kampung Laut iaitu antara tempat menarik di Kelantan dan melihat sendiri keunikkan Masjid Kampung Laut yang berusia 400 tahun dan dapat membeli pelbagai barangan dan produk tempatan seperti kain batik, pakaian serta makanan tradisi Kelantan, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi untuk video-video seterusnya. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *