PART 1 LAMAN WARISAN KAMPUNG LAUT | MASJID TERTUA DI ASIA TENGGARA | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Assalamualaikum, kali ni abang K dengan kak K akan bawa anda semua ke Laman Warisan Kampung Laut iaitu tempat yang menarik iaitu terletak di Kampung Laut Tumpat Kelantan. Apa yang istimewanya di sini ialah yang paling penting sekali ialah masjid 400 tahun iaitu di nama kan Masjid Kampung Laut. Masjid Kampung Laut ini adalah dahulunya pernah rosak teruk dilanda banjir besar (Bah Merah) pada tahun 1926 dan kemudian nya Masjid Kampung Laut telah dihanyutkan oleh banjir besar sekali lagi pada tahun 1966. Pada tahun 1968 Masjid Kampung Laut telah dipindahkan ke Nilam Puri. Dan pada tahun 2022 kini Masjid Kampung Laut Nilam Puri telah dipindahkan kembali ke tempat asalnya iaitu di Kampung Laut. Untuk rekod, Masjid Kampung Laut adalah masjid tertua di Malaysia serta diiktiraf juga sebagai masjid tertua di Asia Tenggara.

Lokasi Masjid Kampung Laut
https://goo.gl/maps/oxXZxCnFb8LWuAZ1A

Lawati juga blog Addashuk Channel untuk lebih artikel-artikel yang menarik
https://www.addashuk.com

Laman Warisan Kampung Laut dibina dengan kos sebanyak RM20 juta iaitu dibangunkan di Perkampungan Serunding di Tumpat Kelantan. Laman Warisan Kampung Laut ini terdiri daripada 3 komponen iaitu Masjid Kampung Laut itu sendiri, Laman Warisan Seni Kampung Laut dan Laman Warisan Serunding Kampung Laut. Video ini adalah Bahagian 1 untuk Laman Warisan Seni dan Masjid Kampung Laut. Bahagian 2 akan di muat naik kelak iaitu video untuk Laman Warisan Serunding. Laman Warisan Seni terdapat 12 lot kedai yang menjual bermacam produk kraftangan termasuk kain batik serta pakaian dan Laman Warisan Serunding terdapat 11 lot kedai yang menjual produk tempatan iaitu serunding ikan, serunding ayam, serunding daging import serta serunding daging tempatan, dodol dan bermacam-macam lagi makanan tradisi rakyat Kelantan.

Setakat ini sahaja info untuk kali ini, diharapkan para penonton yang melihat video ini boleh la berkunjung ke Laman Warisan Kampung Laut iaitu antara tempat menarik di Kelantan dan melihat sendiri keunikkan Masjid Kampung Laut yang berusia 400 tahun dan dapat membeli pelbagai barangan dan produk tempatan seperti kain batik, pakaian serta makanan tradisi Kelantan, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi untuk video-video seterusnya. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *