PANTAI SRI TUJUH TUMPAT KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Pantai Sri Tujuh merupakan sebuah pantai cantik di Kelantan terletak di daerah Tumpat, Kelantan bersebelahan dengan Pantai Geting. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 atau lebih pantai di sini. Ia merupakan kawasan riadah yang menjadi tarikan pengunjung khususnya dari Kelantan dan umumnya dari seluruh Malaysia, bahkan pengujung dari luar negara juga ada berkunjung ke sini. Pantai Sri Tujuh terletak berhampiran dengan pekan Pengkalan Kubur dan Stesen Keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh datang ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen keretapi untuk ke Pantai Sri Tujuh ini

Lokasi ke Pantai Sri Tujuh
https://goo.gl/maps/NZGUbP3Vte4RV5h16

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Sri Tujuh Resort, dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang futsal dan padang latihan golf. Pengunjung akan menjamu selera di gerai yang disediakan sambil menikmati pemandangan panorama Laut China Selatan dan mereka boleh menaiki bot ski. Pengujung yang datang ke sini membawa keluarga untuk berkelah. Pantai Sri Tujuh adalah tempat berkelah di Kelantan yang sangat menarik.

Disini disediakan surau dua tingkat yang agak besar dan selesa. Pada hujung minggu, ada pengunjung memasang khemah dan bermalam di pantai ini sambil memancing ikan. Biasanya pemancing memancing di pantai. Kebiasaan para pemancing mendapat ikan Gelama. Pantai ini sangat sesuai untuk kaki pancing, Pantai Sri Tujuh ialah tempat menarik memancing di Kelantan.

Pantai Sri Tujuh ataupun juga dipanggil Pantai 7 adalah salah satu tempat cantik di Kelantan. Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *