PANTAI NUSUK SABAK KOTA BHARU | KEDAI NUSUK KIASATINA CELUP TEPUNG TANJUNG KUALA PENGKALAN CHEPA

Pantai Nusuk Sabak Kota Bharu Kelantan sebenarnya diambil dari perkataan ‘Nusuk’ iaitu ‘Sembunyi’. Ini kerana pantai ini agak tersembunyi dan agak terpencil dari jalan besar ke Pantai Sabak. Oleh kerana pantai ini agak jauh dari jalan utama, para pengunjung kerap tersesat untuk sampai ke pantai berkenaan iaitu terletak di Tanjung Kuala dan ianya terletak di penghujung pesisir Pantai Sabak, di Pengkalan Chepa. Sebenarnya pantai ini asalnya ialah sebuah pulau yang dipenuhi semak samun dan pokok bakau dan keadaan tanah disini berpaya.

Lokasi ke Pantai Nusuk, Tanjung Kuala, Sabak, Pengkalan Chepa, di daerah Kota Bharu Kelantan.
https://goo.gl/maps/VBKJSwHWnD9PbzaP7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tonton Video Penuh Rakaman Dron Pantai Nusuk
https://youtu.be/bWAypm61GSs

Pantai Nusuk yang dahulunya agak tidak dikenali, dan sekarang telah menjadi satu tempat peranginan dan tempat untuk pengunjung bersantai bersama keluarga. Terdapat kedai makan yang dinamakan Kedai Nusuk Kiasatina. Di kedai ini ada menyediakan makanan berasaskan makanan laut dan menu celup tepung. Kedai ini sebenarnya telah lama beroperasi dan oleh kerana pemiliknya iaitu Samsuddin Daud merasakan pantai ini mempunyai potensi untuk dijadikan tempat pelancongan, beliau mula membangunkan kawasan yang berpaya ini menjadi tempat yang mampu menarik ramai pengunjung untuk datang kesini.

Bayaran Masuk ke Pantai Nusuk RM2 untuk kereta dan percuma untuk motosikal. Pantai Nusuk ini mula dibuka untuk orang ramai pada 16 September 2021 sempena Hari Malaysia. Pantai ini mengadap ke Pantai Laut Cina Selatan mempunyai suasana pemandangan yang menarik disamping lokasinya adalah bersebelahan dengan kuala yang menjadi laluan bot nelayan ke pengkalan untuk mendaratkan hasil tangkapan.

Setakat ini saja video untuk kali ini, jangan lupa subscribe Addashuk Channel tanda sokongan untuk kami terus menghasilkan banyak lagi video-video menarik dan berinformasi selepas ini. Terima kasih keran menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *