PANTAI BISIKAN BAYU PASIR PUTEH KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIEW SHOT ON DJI MINI 2

Pantai Bisikan Bayu merupakan antara produk pelancongan yang terawal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, dalam daerah Pasir Puteh Kelantan. Terletak kira-kira 16 km dari pekan Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku dan lebih kurang 11 kilometer dari Kuala Besut dan 50 kilometer dari Bandar Kota Bharu.

Lokasi untuk ke Pantai Bisikan Bayu
https://goo.gl/maps/gPbNAHhYXf7NnXZa7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Pengangkutan awam yang ada untuk ke sini ialah bas dan teksi. Tambang bas ke Cherang Ruku dari Pasir Puteh ialah RM 1.50 manakala tambang teksi ke Cherang Ruku dari pekan Pasir Puteh adalah RM 2.00 . Apabila sampai ke Cherang Ruku, untuk ke Pantai Bisikan Bayu, anda perlu menaiki teksi semula dengan harga RM 1.00 seorang.

Di kawasan pantai ini terdapat kemudahan asas yang disediakan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh iaitu surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat chalet penginapan iaitu Taman Rehlah dan penginapan paling terkenal di Pantai Bisikan Bayu ialah Tok Aman Bali. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah memancing, perkelahan, perkhemahan dan aktiviti kekeluargaan serta boleh lah mandi-manda.

Pantai Bisikan Bayu adalah antara tempat cantik di kelantan, juga lokasi yang menarik untuk memancing. Tempat menarik di Kelantan itu yang berada di Pasir Puteh ini juga diberi nama Pantai Dalam Rhu Kelantan. Pantai Bisikan Bayu juga dipanggil dengan nama Pantai Semerak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *