MUZIUM PERANG | BANK KERAPU | MEMORIAL PERANG, TEMPAT MENARIK WAJIB DILAWATI DI KOTA BHARU KELANTAN

Muzium Perang ataupun dipanggil Bank Kerapu ataupun juga dikenali dengan Memorial Perang terletak di Jalan Sultan dan bertempat di sebelah Padang Merdeka. Sebenarnya bangunan ini pada asalnya adalah “The Mercantile Bank of India Limited” iaitu merupakan Bank Perdangangan pertama di Kelantan iaitu pernah beroperasi pada tahun 1912 selepas tamatnya Perang Dunia II. Kemudian bank ini telah diserahkan kepada “The Hongkong & Shanghai Bank”.

Lokasi Muzium Perang, Bank Kerapu Kota Bharu Kelantan
https://goo.gl/maps/wkHAexcj9L5yaGEm7

Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih informasi menarik https://www.addashuk.com

Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 hingga 1945, bangunan ini adalah digunakan sebagai Pejabat Polis Rahsia Jepun “KAMPETAI” dan juga sebagai penjara kepada tawanan perang iaitu orang-orang Anti-Jepun. Kerajaan Kelantan mengambil alih bangunan ini pada tahun 1981 untuk diberikan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Dan pada tahun 1991, bangunan ini telah dijadikan “Memorial Perang Dunia Ke 2” iaitu digunakan sebagai tempat pameran sejarah Perang Dunia II (1941-1945).

Bangunan ini juga dikenali dengan nama Bank Kerapu adalah kerana dinding bangunan ini mengkerutu dalam bahasa Kelantan dipanggil ‘Kerapu’ adalah tempat wajib pergi di Kota Bharu. Muzium ini adalah diantara tempat menarik di Kelantan dan juga tempat menarik wajib dilawati di Kota Bharu Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *