MUZIUM NEGERI KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Muzium Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1990 iaitu bertempat dibangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB iaitu di Jalan Hospital yang diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, AKTA 645. Muzium Negeri Kelantan ini adalah salah satu tempat wajib singgah di Kota Bharu.

Lokasi Muzium Negeri Kelantan
https://goo.gl/maps/fYaWybPXhfcMtXGT6

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Muzium Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri Kelantan terletak bersebelahan Bulatan Tuan Padang ataupun nama lain Bulatan Kijang dalam bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks ini juga terletaknya Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C).

Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu dan adalah salah satu tempat menarik di Kelantan. Sebelum bangunan ini dijadikan Muzium Negeri, ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB. Bangunan tersebut telah di baikpulih dan di buat beberapa perubahan untuk kesesuaian bagi sebuah Muzium.

Pada tahun 1988 bahagian dalam bangunan Muzium ini telah diubahsuai dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran asal pameran Muzium negeri ini ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Dan pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain lagi. Pada bahagian bawah bangunan pula selain ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian. Muzium ini adalah salah satu tempat menarik di Kota Bharu dan juga tempat wajib dilawati di Kota Bharu.

Di dalam Muzium Negeri Kelantan ini terdapat replika gua-gua bersejarah di Negeri Kelantan dan sudut pameran Dikir Barat. Ada juga sudut pameran Wayang Kulit Kelantan serta sudut pameran Wau Kelantan. Tidak ketinggalan juga ada dipamerkan koleksi alat-alat muzik tradisional Negeri Kelantan serta sudut permainan Congkak. Juga di sediakan sudut pameran Silat Melayu dan Diorama Permainan Tradisional Rakyat Kelantan.

Matlamat asal penubuhan Muzium Negeri Kelantan ialah kerana ingin memaparkan sejarah dan budaya Negeri Kelantan untuk tatapan generasi yang akan datang am nya supaya mereka tahu asal usul budaya negeri mereka.

Bayaran masuk Muzium Negeri Kelantan untuk orang dewasa adalah RM2 dan RM1 untuk kanak-kanak manakala bukan warganegara pula ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Waktu operasi Muzium negeri Kelantan ialah setiap hari kecuali hari Jumaat bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang. Tempat wajib singgah di Kota Bharu adalah Muzium Negeri Kelantan.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *