MUZIUM DIRAJA | ISTANA BATU | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Assalamualaikum, hari ni abang K akan bawa anda ke salah satu tempat yang wajib anda lawati yang berada di sekitar Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang anda semua wajib singgah. Muzium Diraja ataupun dipanggil juga sebagai Istana Batu ini terletak berdekatan dengan Istana Balai Besar Kota Bharu iaitu diantara istana-istana yang menarik yang terdapat berhampiran dengan ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu.

Lokasi Muzium Diraja ( Istana Batu )
https://goo.gl/maps/xZQ7vPpCnj3KD9Bv8

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Muzium Diraja Kelantan ini dipanggil dengan nama Istana Batu kerana ianya dibina menggunakan simen tidak sama dengna istana lain yang diperbuat daripada kayu. Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 dizaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim. Istana ini dibina kerana dijadikan hadiah perkahwinan Sultan Yahya Petra.

Istana ini kemudiannya dijadikan istana rasmi oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan pada ketika itu iaitu Teng Ismail Petra dan kemudian ditabalkan menjadi Sultan Kelantan. Kemudian pada 25 Julai 1991 keluarga Almarhum Sultan Yahya Petra telah memperkenankan dan meminjamkan istana ini untuk dijadikan Muzium Diraja Istana Batu. Lokasi Muzium Diraja ini berhampiran dengan Istana Jahar, Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Muzium Diraja ini adalah salah satu tempat menarik di Kelantan, dan ini merupakan tempat wajib singgah di Kota Bharu sekiranya anda berkunjung kesini.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *