MASJID RAZALEIGH MIRIP MASJIDIL HARAM | GUA MUSANG KELANTAN | 4K CINEMATIC AERIAL FOOTAGE DJI MINI 2

Masjid Razaleigh ini dibina pada akhir 2016 yang bernilai hampir RM35 juta yang menyerupai model Masjidil Haram iaitu di Mekah dan berkeluasan 99,000 kaki persegi. Masjid Razaleigh adalah rekaan yang sangat unik dan menarik ini menggunakan bahan binaan berkualiti termasuk jubin dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar. Masjid Razaleigh ini adalah ilham dari Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM. Tengku Razaleigh Hamzah ini mampu menampung 3,500 Jemaah dalam satu-satu masa. Masjid ini dilengkapi Sembilan menara setinggi 30 meter dan lapan kubah mirip Masjidil Haram di Mekah. Kini hampir 2,000 pengunjung singgah di Masjid Razaleigh setiap hari sama ada untuk solat atau menangkap gambar sejak masjid yang mirip dengan Masjidil Haram di Mekah itu dibuka secara rasminya 1 April 2022 lalu.

Lokasi ke Masjid Razaleigh Gua Musang Kelantan
https://goo.gl/maps/q8dM9DEc4nCbRorD8

Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

Untuk nilai tambah terhadap masjid ini terus menggamit kehadiran pelancong, sebuah replika Kaabah turut diletakkan ditengah-tengah yang berupa skrin LED. Uniknya replika tersebut, ia dibina hasil gabungan skrin LED berteknologi canggih yang berfungsi sebagai skrin yang memaparkan ayat-ayat suci al-Quran atau kandungan khutbah yang disampaikan oleh imam masjid itu. Masjid Razaleigh bernilai lebih RM35 juta yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah telah siap sepenuhnya dan dibuka untuk orang ramai pada 1 April 2022, sekali gus menjadi mercu tanda baharu di Kelantan.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkenan bersama lebih 3,000 rakyat termasuk orang asli menunaikan solat Jumaat pertama di Masjid Razaleigh yang baharu di sini pada Jumaat 1 Aprill 2022. Solat ditunaikan selepas masjid yang berinspirasikan model Masjidil Haram Makkah berkenaan secara rasminya diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada hari sama.

Video ini dirakam dengan resolution 4k Cinematic Aerial Footage Shot on DJI Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *