MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU KELANTAN | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Masjid Muhammadi ini dahulunya diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu dan antara masjid yang tertua di Kelantan khususnya dan di Malaysia umumnya. Masjid Muhammadi telah dibina pada tahun 1867 di zaman pemerintahan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1830 hingga 1886.

Masjid ini dibina dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih dan kukuh. Masjid ini telah melalui fasa ubahsuai daripada struktur kayu kepada struktur konkrit iaitu telah berlaku pada tahun 1922. Masjid Muhammadi pada ketika itu telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan pada ketika itulah nama masjid ini telah diubah kepada Masjid Muhammadi. Masjid Muhammadi adalah diantara salah satu masjid cantik di Kelantan.

Lokasi Masjid Muhammadi
https://goo.gl/maps/uKbdfg494FLx9JNm6

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Masjid Muhammadi, masjid menarik di Kelantan ini telah banyak diubah suai dan telah melalui proses pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Masjid ini kini mempunyai keluasan 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah dalam satu-satu masa.

Masjid Muhammadi, antara masjid tertua di Kelantan, pada ketika itu adalah berperanan sebagai tempat di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan. Di masjid inilah beberapa orang ulama besar Negeri Kelantan telah menjadi tenaga pengajar dari pelbagai ilmu agama. Di antaranya ulama-ulama itu ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pembelajaran di masjid ini dikatakan mempunyai persamaan dengan pengajaran ilmu pendidikan Islam iaitu di Masjidil Haram, Makkah. Disebabkan itulah yang mana pelajar yang belajar disini akan ke Masjidil Haram Mekkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.

Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai “Serambi Mekah”. Masjid ini adalah diantara masjid tertua di Malaysia.

Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *