MASJID ISMAILI PASIR PEKAN WAKAF BHARU TUMPAT KELANTAN | 4K AERIAL VIEW CINEMATIC SHOT ON DJI MINI 2

Pasir Pekan adalah sebuah subbandar ataupun juga sebuah kampung yang terletak didalam jajahan Tumpat iaitu di negeri Kelantan. Pasir Pekan adalah terletak berdekatan dengan pekan Wakaf Bharu dan ianya adalah laluan utama dari tempat-tempat yang berada di seberang sungai di sebelah Tumpat untuk ke Kota Bharu selain dari melalui Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Di Pasir Pekan juga terdapat Makam Tok Janggut iaitu Pahlawan Melayu yang telah gugur menentang penjajah British satu masa dahulu.

Lokasi Masjid Ismaili Pasir Pekan
https://goo.gl/maps/BdoeR6sZKaCQD5sc8

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Banyak kemudahan dan tempat-tempat menarik yang ada di Pasir Pekan Kelantan. Pasir Pekan adalah salah satu subbandar ataupun pekan yang agak popular kerana terdapat beberapa restoran Fastfood yang terkenal. Diantaranya ialah KFC, McDonald’s, Pizza Hut dan KB Brewster.

Masjid Ismaili juga adalah satu satu ikon yang paling popular yang terletak dalam Pasir Pekan. Masjid Ismaili ini dibina atas dasar kasih sayang KDYMM Sultan Muhammad V kepada Ayahanda nya Sultan Ismail Petra. Nama Masjid Ismaili ini adalah bersempena dengan nama Sultan Ismail Petra. Masjid ini telah disempurnakan dalam Majlis Pecah Tanah oleh KDYMM Sultan Muhammad V pada 22 Disember 2011. Masjid Ismaili telah mula dibuka pada 27 Ramadhan 1435 Tahun Hijrah bersamaan dengan 25 Julai 2014 dan KDYMM Sultan Muhammad V telah mencemar Duli bagi menunaikan Solat Jumaat pada hari pembukaan masjid ini.

Masjid Ismaili dibina dengan 5 menara kerana bertemakan Rukun Islam yang mempunyai 5 perkara. Mempunyai 5 anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun Iman yang ke-6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *