MASJID BEIJING | MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA RANTAU PANJANG KELANTAN MIRIP MASJID NIUJIE

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ataupun dipanggil juga dengan nama Masjid Beijing merupakan sebuah masjid yang unik dan terletak di pekan Rantau Panjang, Kelantan. Rantau Panjang adalah terletak didalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid Jubli Perak Sultak Ismail Petra ataupun sinonim dengan nama Masjid Beijing ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Lokasi Masjid Niujie Rantau Panjang
https://goo.gl/maps/yRxr4GzuVHMKqETt6

Lawati juga blog Addashuk untuk informasi menarik
https://www.addashuk.com

Tonton juga video penuh dron Masjid Beijing
https://youtu.be/nGik-EYqPjg

Lokasi Masjid Beijing ini ialah terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang lebih kurang 2km dari Pekan Rantau Panjang yang berkeluasan 3.7 ekar. Masjid ini mula dibina pada 12 September 2005 dan telah dirasmikan pada Ogos 2009. Anggaran kos keseluruhan pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM8,8 juta. Masjid ini boleh memuatkian seramai 1000 jemaah pada satu-satu masa.

Tercetusnya idea untuk membina masjid ini ialah daripada Armarhum YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan pada ketika itu. Pada masa itu satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Besar Kelantan telah dibentuk untuk mengenal pasti rekabentuk dan tapak yang sesuai untuk tujuan pembinaan masjid tersebut. Pada mulanya beberapa tapak dikenalpasti di Bandar Kota Bharu dan Pasir Pekan. Walau bagaimana pun setelah di teliti, di dapati semua tapak-tapak tersebut tidak sesuai kerana keluasan nya kurang mencukupi dan memerlukan pengambilan balik tanah dengan kos yang tinggi. Dan akhirnya jawatankuasa telah mengenalpasti tapak baru seluas 3.7 ekar di tepi Lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang. Dan setelah berbincang, ahli jawantankuasa bersetuju supaya senibina masjid ini bercirikan Masjid Niujie di Beijing, China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *