KESESAKAN TRAFIK DI FLYOVER WAKAF BHARU | BULATAN PASIR PEKAN | HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Polis Kelantan telah bersiap sedia mengarahkan pasukan polis trafik untuk bertugas di sepanjang cuti hari raya aidilfitri 2022 di kawasan Kota Bharu, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu memandangkan flyover / jejantas / bypass Pasir Pekan – Pengkalan Kubor masih lagi dalam pembinaan.

Lawati juga blog Addashuk https://www.addashuk.com

Kesesakan lalu lintas akan menjadi lebih teruk apabila ‘Gate Keretapi’ ditutup untuk memberi laluan kepada keretapi. Tonton pada minit ke 13:23

Ini adalah kerana peningkatan kenderaan yang memasuki negeri Kelantan sempena cuti perayaan aidilfitri 2022 ini menerusi empat laluan utama sudah mencecah 20 peratus. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan berkata peningkatan ini dapat dilihat bermula sejak 3 hari sebelum bermulanya cuti perayaan aidilfitri 2022 di 4 jalan utama iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan sempadan Jeli-Gerik.

Laluan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor juga dilihat juga akan terjadi kesesakan lalu lintas ini tidak seperti kebiasaan kerana tahun 2022 ialah sambutan hari raya pertama yang akan mengakibatkan lebih 2 juta kenderaan akan memasuki Kelantan. Ini kerana kini kita sudah di dalam fasa Endemik dari wabak virus.

Kesesakan trafik di flyover Wakaf Bharu Bulatan Pasir Pekan di Hari Raya Aidilfitri 2022 ini dirakam dari dron Dji Mini 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *