KAMPUNG KRAFTANGAN | MUZIUM KRAFTANGAN TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Assalamualaikum, Kali ni abang K akan bawa anda ke lokasi seterusnya iaitu salah satu tempat menarik di Kelantan iaitu tempat wajib dilawati di Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang memaparkan tempat wajib singgah di Kota Bharu. Kali ini kita ke Kampung Kraftangan Kealntan yang terletak di bandar Kota Bharu. Kampung Kraftangan ataupun dipanggil juga Muzium Kraftangan ini adalah bersebelahan dengan restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu berhadapan dengan Istana Batu/Muzium Diraja. Kampung Kraftangan ini juga bersebelahan dengan Istana Balai Besar. Dalam Perkampunan Kraftangan terdapat kedai2 menjual pelbagai barangan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. Terdapat juga Muzium Kraftangan yang mempamerkan bahan-bahan kraftangan yang ada diantaranya telah dilupakan oleh sesetengah golongan muda sekarang.

Lokasi Muzium Kraftangan ( Kampung Kraftangan )
https://goo.gl/maps/SZH3K79Vhrt761BA7

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Bangunan Muzium Kraftangan ini dibina pada 9 Mac 1991 dan dikenali dengan Kampung Kraftangan. Muzium Kraftangan ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Julai 1991. Koleksi-koleksi yang dipamerkan disini termasuklah anyaman beraneka jenis, pelbagai jenis kain batik dan juga kain songket dan sulaman. Bangunan muzium ini adalah sangat istimewa dari segi rekabentuk tradisional dengan menggunakan ukiran bunga. Bahan-bahan yang digunakan untuk menyiapkan Muzium Kraftangan ini adalah terdiri daripada buluh, kayu, atap dan sebagainya. Disinilah tempat hasil seni buatan tangan masyarakat Kelantan di kumpulkan. Diantara matlamat utama penubuhan Muzium Kraftangan ini ialah untuk memperkenalkan sejarah dan seni kraftangan masyarakat Kelantan melalui pameran.

Bayaran Masuk ke Muzium Kraftangan

RM2 untuk Dewasa
RM1 untuk Kanak-kanak
RM4 untuk Dewasa Bukan Warganegara
RM2 untuk Kanak-kanak Bukan Warganegara

Waktu Operasi

Muzium Kraftangan dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *