KAMPUNG BAHAGIA KUALA KRAI | PENGALAMAN MENELUSURI SUNGAI KELANTAN KE HULU SUNGAI GALAS

Assalamualaikum, Hari ni abang ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman abang ke sebuah kampung di dalam daerah Kuala Krai iaitu Kampung Bahagia di bahagian hulu tebing Sungai Galas. Kampung Bahagia asalnya dinamakan Kampung Berhala. Akan tetapi telah ditukar namanya kepada maksud yang lebih baik kerana nama asal kampung ini mempunyai maksud yang tidak baik bagi umat Islam. Kampung ini terletak di Mukim Mambong iaitu dalam daerah Kuala Krai.

Lokasi Tangga Krai / Tangga Bradley
https://goo.gl/maps/N84EYfxArZ4Addiz5

lokasi Pengkalan Bot Kampung Bahagia
https://goo.gl/maps/pT8EEsGGoyVxgP7aA

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tonton video dron Kampung Bahagia
https://youtu.be/Bq5LnxiPzjA

Pengangkutan utama penduduk di kampung ini adalah melalui jalan air iaitu bot. terdapat jalan darat yang menghubungkan tanah merah ke kampung ini akan tetapi jalan itu hanya jalan yang digunakan oleh lori balak. Jalan darat yang menghubungkan daerah Tanah Merah ke Kampung Bahagia ini memakan masa lebih kurang 4 jam dan hanya boleh menggunakan kereta pacuan 4 roda sahaja.

Ramai yang tidak tahu kewujudan kampung ini termasuk lah abang mungkin kerana kampung ini sedikit susah untuk dikunjungi menggunakan jalan darat. Untuk pergi ke Kampung Bahagia, satu-satunya cara iailah dengan menaiki bot lebih kurang 45 minit menelusuri Sungai Kelantan dan melalui persimpangan Sungai Lebir dan Sungai Galas. Bot ini berpengkalan di Tangga Krai ataupun dipanggil juga Tangga Bradley untuk ke Pengkalan Bot Kampung Bahagia. Tangga Krai adalah salah satu jeti untuk ke Kampung Bahagia selain dari Jeti Pasir Kelang iaitu di kampung Pasir Kelang Kuala Krai..

Diharapkan dengan perkongsian video ini dapat memberi sedikit sebanyak tentang info mengenai Kampung Bahagia di Kuala Krai. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel, komen dan share tanda sokongan anda terhadap kami. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *