JERAM MENGAJI MIRIP KUNDASANG SABAH | RAZANI DAIRY FARM JERAM MENGAJI, PASIR PUTEH KELANTAN

JERAM MENGAJI PASIR PUTEH KELANTAN MIRIP KUNDASANG SABAH Jeram Mengaji persis suasana dan pemandangan di Kundasang. Dua kali tengok, macam dekat ladang lembu di New Zealand.Jika datang ke Kelantan, wajib singgah di sini. Lokasi menarik ini, terletak di Jeram Mengaji iaitu di daerah Pasir Puteh Kelantan kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.

Kalau korang nak pergi ke tempat ni, korang boleh terus klik di link lokasi dibawah :

Lokasi ke Razani Dairy Farm Jeram Mengaji
https://goo.gl/maps/Cd9qvAyAqAZgXJzq5

Selain keindahan alam semula jadi, Jeram Mengaji juga punyai jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan beriadah bersama keluarga.

Di sini juga terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu dan susu kambing. Ia diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompok hitam putih seperti warna lembu Holstein iaitu lembu paling banyak diternak di seluruh dunia. Belum jejak ke sini lagi? Haaa jommm…

Untuk video kali ini Abang K dan Kak K membawa anda ke tempat menarik di Kelantan iaitu Jeram mengaji yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Tempat ini adalah tempat yang patut dikunjungi, terdapat ladang lembu tenusu persis kundasang sabah sepanjang jalan menuju ke jeram mengaji.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Razani Dairy Farm

di talian 016-5289613 (Kak Yati)

#jeramMengaji #kundasangKelantan #razaniDairyFarm #kelantan #visitkelantan #tourismmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *