ISTANA JAHAR MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA, TEMPAT MENARIK DI KELANTAN TEMPAT WAJIB SINGGAH KOTA BHARU

Assalamualaikum, hari ni abang K akan bawa anda ke salah satu tempat yang wajib anda lawati yang berada di sekitar Kota Bharu. Video ini salah satu daripada beberapa episod yang anda semua wajib singgah. Istana Jahar ini terletak berdekatan dengan Istana Balai Besar Kota Bharu iaitu diantara istana-istana yang menarik yang terdapat berhampiran dengan ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu. Untuk rekod, Istana Jahar ini mula dibina dimasa pemerintahan Sultan Muhammad II 1837 hingga 1886 selepas pembukaan bandar Kota Bharu dan Istana Balai Besar.

Lokasi Istana Jahar
https://goo.gl/maps/FyBoVMjgCQ5cFkei9

Lawati juga blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Untuk pengetahuan anda semua, Istana Jahar juga di panggil Muzium Istiadat Diraja, tujuan asal pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad II ini adalah untuk dikurniakan kepada cucunda nya iaitu bernama Long Kundur Bendahara. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II iaitu pada tahun 1886, takhta negeri Kelantan diperintah oleh Long Sulong dengan gelaran Sultan Ahmad. Pada tahun 1889 pemerintahan Sultan Ahmad diganti oleh Long Kundur Bendahara dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad III. Sultan Muhammad II menjadikan Istana Jahar ini sebagai tempat persemayaman. Istana Jahar juga menjadi tempat persemayaman untuk Sultan Muhammad IV iaitu Tuan Long Senik. Tuan Long Senik adalah putera kepada Sultan Long Kundur (Sultan Muhammad III). Selepas kemangkatan Sultan Muhammad IV mangkat, pemerintahan Kelantan diganti oleh Sultan Ismail iaitu putera kepada Sultan Muhammad IV. Sultan Ismail tidak bersemayam di Istana Balai Besar Kelantan sebaliknya bersemayam di Istana Jahar. Dan kemudiannya sultan-sultan selepas Sultan Ismail tidak lagi bersemayam di Istana Jahar kerana mereka mempunyai istana mereka sendiri.

Tempat menarik di Kota Bharu ini iaitu Istana Jahar terletak disebelah Istana Balai Besar iaitu berada ditengah-tengah bandar Kota Bharu adalah salah satu tempat wajib singgah Kota Bharu. Istana Jahar adalah diantara tempat menarik di Kelantan dan ianya adalah contoh warisan senibina Melayu yang sangat indah dan menarik. Sekiranya anda berkunjung ke negeri Kelantan umumnya, khususnya Kota Bharu, Istana Jahar dan istana-istana lain adalah tempat wajib dilawati di Kota Bharu kerana diantara bangunan-bangunan moden masih terdapat lagi senibina lama untuk dijadikan warisan seni supaya warisan ini tidak ditelan arus pemodenan.

Istana Jahar terletak berdekatan dengan Jalan Sultan dan Muzium Perang iaitu dipanggil juga Bank Kerapu, juga berdekatan dengan Muzium Islam, Padang Merdeka, bersebelahan dengan Masjid Muhammadi dan dihadapan Istana jahar terdapat Gerbang Rehal iaitu mercu tanda Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *