DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.

Singgah juga ke Blog Addashuk
http://www.addashuk.com

Lokasi ke Drawbridge Kuala Terengganu
https://goo.gl/maps/2id6Ykwcm6WugDz77

Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Jambatan Angkat Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.

Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu. Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Terdapat ruang legar setinggi 12.5 meter dari paras air ke jambatan apabila daunnya ditutup. Rentang legarnya ialah 50 meter. Terdapat empat batang menara 15 meter tingginya, sepasang untuk setiap pangkal daun jambatan, setiap pasang dihubungkan dengan jejantas.

Setiap menara berpangkalkan lobi untuk membolehkan pengunjung menaiki kawasan perniagaan yang terletak di dalam jejantas. Pada waktu malam, jambatan disinari hiasan lampu berwarna-warni. Jambatan angkat membolehkan pengguna memendekkan waktu perjalanan antara Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu dan Kuala Terengganu sebanyak 15 minit. Sebatang jalan raya empat lorong di pesisir pantai telah dibina untuk menghubungkan jambatan dengan Kuala Nerus.

Video ini dirakam dengan resolution 4k Aerial Footage Cinematic Drone View, Shot on DJI Mini 2.

#drawbridgeTerengganu #drawbridgeTerengganuTerengkat #drawbridge #drawbridgeKualaTerengganu #drawbridgeKT2020 #drawbridgeKT2021 #kualaTerengganu #terengganu #jambatanAngkatKualaTerengganu #jambatanAngkatTerengganu #tempatMenarikKualaTerengganu #tempatMenarikDiTerenganu

2 thoughts on “DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU | 4K AERIAL FOOTAGE CINEMATIC DRONE VIDEO DJI MINI 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *