COLEK BINI | KEDAI MAKAN VIRAL | TEMPAT MAKAN SEDAP DI MACHANG KELANTAN

Assalamualaikum, hari ni kami akan bawa anda semua ke sebuah kedai makan yang sangat popular di Machang iaitu berdekatan dengan Pejabat Tanah Daerah Machang. Kedai yang kami maksudkan itu ialah Kedai Colek Bini. Kedai ni sememang nya tersohor bagi penduduk kawasan Machang sebagai tempat makan sedap. Kedai ini juga pernah menjadi kedai makan viral satu masa dahulu oleh kerana kesedapan Menu Colek dan Masakan ala Thai yang dijual disini. So, kalau anda datang bercuti ke Kelantan, kedai ni wajib anda singgah untuk makan tengahari atau makan malam kerana kedai ni adalah salah satu tempat makan sedap di Machang Kelantan. Memang kalau hari cuti umum atau hujung minggu kedai ni kebiasaan nya penuh dengan pengunjung untuk menikmati makanan disini.

Kedai makan Colek Bini ni memang kegemaran para isteri sebab banyak sangat menu colek yang dijual. Tak perlu tunggu bulan ramadhan untuk menikmati colek. Colek campur kelate ada sepanjang tahun di sini. Menu terbaru Talam Colek Bini yang terbesar ada dijual disini. Satu talam tu ada semua jenis lauk dan colek-colek.

Lokasi Restoran Colek Bini
https://goo.gl/maps/6SEXvg89DVF3EP9t7

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Boleh makan dalam 4-7 orang. Dalam Talam Colek Bini ada
– Seafood celup TepungDaging Danok
– Colek Buah
– Popia
– Miang Pla
– Somtam
– Jemput Malas
– 5 Jenis colek dan asam Boi

Anda boleh tengok cara staf menyediakan menu colek Bini ni Restoran Colek Bini atau nama lama kedai ni adalah Restoran Kengsom Asam Pedas Thai. Restoran ini terletak berdekatan Litar Memandu Machang.

Waktu Operasi Restoran Colek Bini
Buka setiap hari dari 1.00 petang hingga 12.00 tengah malam

Diharapkan para pengunjung Addahuk Channel ini dapat lah sedikit sebanyak maklumat tentang kedai makan sedap di kawasan Kota Bharu. Jangan lupa Subscribe, Like dan Komen tanda sokongan terhadap kami untuk kami membuat video-video yang menarik selepas ini. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *