BAZAR TOK GURU | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KOTA BHARU

Bazar Tok Guru adalah mercu tanda terbaru di Kota Bharu. Bazar ini dibangunkan diatas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak yang asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tetapi tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Selebihnya adalah diperuntukkan untuk pembangunan fasiliti lain yang merangkumi hotel, pangsapuri dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk Bazar Tok Guru ini bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk dari masjid di Mekah dan Madinah. Salah satunya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diilhamkan daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan tujuan untuk dijadikan sebagai mercu tanda baru bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan.

Lokasi Bazar Tok Guru
https://g.page/bazartokguru

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Bazar Tok Guru Waktu Operasi
Bazar Tok Guru dibuka pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Bazar Tok Guru ini adalah merupakan bazar yang paling luas dan yang paling besar di Kelantan. Bazar Tok Guru ini menggunakan konsep grand bazaar yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Kota Bharu. Untuk memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

Bazar Tok Guru adalah sebuah bazar yang siap dibina dan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentera Setia Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada Julai 2011. Bazar ini antara salah latu tempat menarik di Kelantan. Bazar ini juga menjadi salah satu tempat wajib singgah di Kota Bharu. Selain ada peniaga yang menjual pelbagai aneka pakaian siap, batik dan songket, makanan tempatan seperti keropok dan dodol juga ada dijual di sini. Setiap pengunjung yang biasa bertandang ke Kelantan sudah pasti mengenali Bazar Tok Guru kerana kedudukannya yang berhampiran pusat penerangan pelancongan Negeri Kelantan.

Subscribe Addashuk Channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi. Terima kasih kerana menonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *