APA YANG ADA DI TOK BALI PASIR PUTEH KELANTAN | PASAR BESAR TOK BALI | PASAR SEGAR TOK BALI

Assalamualaikum, hari ni abang bersama Akok Channel akan bawa anda ke Tok Bali yang terletak dalam daerah Pasir Puteh Kelantan. Apa yang menarik yang ada di Tok Bali ni? Anda kena tengok video ni sampai habis.

Tok Bali ni ialah sebuah pelabuhan ikan dimana tempat nelayan menurunkan ikan dan Tok Bali juga sekarang ni berfungsi sebagai pengkalan bekalan minyak dan gas. Tok Bali terletak di dalam daerah Pasir Puteh Kelantan Malaysia dan kira-kira 48 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan dalam 13 kilometer dari Bandar Pasir Puteh dan juga kira-kira 11 kilometer dari Pekan Besut, Terengganu. Sejak beberapa tahun ini, Tok Bali telah menjadi jeti alternatif bagi pelancong ke Pulau Perhentian.

Tonton video penuh Drone di Addashuk Films
https://youtu.be/lNjL2lS3e6E

Lokasi ke Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan https://goo.gl/maps/9L1NEEpQVMhDZR9S8

Lawati juga Blog Addashuk
https://www.addashuk.com

Tok Bali diperuntukkan RM5 juta oleh Jabatan Laut untuk pembangunan melalui wilayah ekonomi Pantai Timur termasuk membangunkan lagi Tok Bali sebagai pengkalan bot nelayan dan bot pelancong ke Perhentian dan Pulau Redang.

Terdapat banyak juga lah resort di sekitar Tok Bali, salah satu antara nya ialah Tok Aman Bali Resort. Ramai orang datang ke sini untuk memancing ikan di Tok Bali. Pada musim ikan bertelur, kebanyakan ikan dari laut akan ke sungai untuk bertelur. Antara ikan yang sering menjadi buruan kaki pancing ialah ikan Gelama.

Apa yang paling best di Tok Bali ialah Pasar Besar Tok Bali, pasar ini juga di panggil Pasar Segar Tok Bali. Ini kerana di pasar ini ada menjual hasil laut yang segar dari ladang. Ada ikan, sotong, udang dan banyak lagi hasil laut di jual disini dan semuanya seperti masih baru ditangkap. Dan jika anda berkunjung kesini jangan lupa singgah di Abe Man Satar. Tonton video ni untuk melihat gerai Abe Man Satar.

Video ini dirakam menggunakan DJI Mini 2 dan disediakan dalam format 4k. 4K Aerial Footage Cinematic Drone View. Jangan lupa Subcribe Addashuk Films untuk lebih video-video yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *