5 LOKASI MENARIK DI KELANTAN | SEMERAK PASIR PUTEH KELANTAN | TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Assalamualaikum, selamat kembali ke Addashuk Channel. Di video kali ini kami akan berkongsi 5 lokasi yang menarik yang ada di sekitar Pasir Puteh Kelantan iaitu di Semerak. Lokasi-lokasi ini wajib anda lawati sekiranya anda bercuti di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Addashuk Channel bersama Akok Channel mencari lokasi-lokasi menarik yang berada di sekitar Semerak Pasir Puteh Kelantan.

Singgah juga ke Blog Addashuk
http://www.addashuk.com

Untuk ke 5 lokasi-lokasi yang dinyatakan, anda boleh klik pada link GPS dibawah..

1. Gerai Jualan hasil Laut Segar Disini dijual pelbagai hasil laut seperti Kerang, Ketam Nipah, Kupang dan pelbagai lagi makanan laut yang segar dari ladang.
https://goo.gl/maps/Hr5TyUo4FvmNQa7i6

2. Tok Aman Bali Resort Tempat penginapan yang sangat bersih, selesa dan cantik. Kawasan penginapan dikelilingi oleh sungai. Anda boleh membawa pancing sekiranya minat memancing.
https://goo.gl/maps/CTDXMoacfYJBQhUL7

3. Pantai Bisikan Bayu Pantai Bisikan Bayu telah dinaiktaraf oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh yang dulunya sunyi sepi dan digelar pantai sampah yang kini berubah wajah menjadi salah satu tempat peranginan yang menarik untuk dikunjungi.
https://goo.gl/maps/NfivJzegiNH7Z72G8

4. Shima Ikan Kering & Ikan Bekok Disini tempat dimana produk anak tempatan menjual hasil laut seperti ikan kering dan ikan bekok. Kepada sesiapa yang belum pernah merasa ikan bekok, boleh la berkunjung kesini.
https://goo.gl/maps/GTZhhLiFxp7zeyuu5

5. Alemy Maggi Ketam Alemy Maggi Ketam adalah salah satu kedai pilihan ramai kerana keenakkan masakan menu Ketam Nipah yang segar dan terus dimasak bersama Maggi. Kedai ini sememangnya dikenali ramai sehinggakan ramai tokoh-tokoh VIP datang kesini untuk menikmati Maggi Ketam. Antara VIP yang pernah berkunjung kesini adalah seperti Bekas Timbalan Kewangan Datuk Ahmad Maslam. Ramai juga artis-artis berkunjung kesini antaranya ialah Fizo, Misha Omar dan ramai lagi.
https://goo.gl/maps/av32qWegukQ6qWn69

Follow Instagram Alemy Maggi Ketam untuk maklumat lanjut
https://www.instagram.com/alemymaggiketam

Diharapkan anda semua mendapat maklumat dengan video yang kami sediakan ini dan jangan lupa Subscribe, Like dan Share. Terima kasih kerana menonton. #pantaiBisikanBayu #tokAmanBaliResort #alemyMaggiKetam #tempatMenarikkelantan #PasirPuteh #semerak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *